Selamat datang dan selamat menjadi warga SMK Ungku Husin kembali kepada para pelajar Prauniversiti Sesi 2011/2012. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kerana telah membuat pilihan bijak dengan memilih Prauniversiti. Mungkin ada dalam kalangan pelajar yang mengandaikan ini adalah "keterpaksaan dalam memilih" tetapi bagi saya sebagai guru Prauniversiti, anda telah membuat keputusan yang tepat. Pilihan ini menjadi semakin tepat sekiranya peluang yang ada dalam tempoh setahun setengah ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membulatkan tekad dan keazaman agar sinar kegemilangan dan kejayaan akan muncul di akhir proses pembelajaran ini. Ayuhlah...jangan bertangguh lagi..keputusan telah dibuat, ketetapan telah dibulat, keazaman telah dikerat, kejayaan pasti dipahat...Insyallah..Jadikan kejayaan pelajar-pelajar senior sebelum ini sebagai dorongan kuat untuk berjaya.
Memaparkan catatan dengan label Selamat Datang. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Selamat Datang. Papar semua catatan
24 November 2010
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM 2010
Kepada semua pelajar Tingkatan 6SR1/6SR2 SMKUH, saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan STPM 2010. Ketenangan dalam menghadapi situasi penting ini amat-amatlah diperlukan. Semoga ketenangan ini sentiasa berada di sisi anda ketika menjawab soalan. Tidak ada lagi bantuan dari ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan semasa anda menjawab soalan yang diberikan. Hanya anda dan dengan doa kepada Allah s.w.t sahajalah yang akan membantu dan memberi ketenangan ketika menjawab. Kami, warga guru SMKUH sentiasa mendoakan kejayaan anda. Ingatlah...peluang pertama telah anda lepaskan (SPM) dan anda telah diberi peluang untuk kedua kalinya...ingin anda lepaskan lagi!!!!Tekad dan bulatkan dalam diri anda yang sememangnya anda mampu melakukannya!!!
11 September 2010
SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua warga SMK Ungku Husin, Endau terutama kepada guru-guru dan pelajar-pelajar Prauniversiti. Di kesempatan ini, saya sekeluarga ingin memohon jutaan ampun dan maaf kepada semua warga SMK Ungku Husin atas segala kesilapan yang telah dilakukan. Semoga Hari Raya yang disambut pada tahun ini memberi sinar dan harapan yang bahagia buat pelajar-pelajar saya. Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin.
25 Ogos 2010
Selamat Menghadapi Peperiksaan
Kepada semua pelajar Prauniversiti Senior dan Junior SMK Ungku Husin saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan pada minggu hadapan. Gunakan kesempatan yang ada ini untuk menyiapkan diri anda dengan segala ilmu yang ada dan juga yang telah dicurahkan oleh guru-guru semoga kecemerlangan yang ingin dicapai akan berhasil juga. Guru-guru sentiasa mendoakan kejayaan anda. Selamat Berjuang.
Peperiksaan Percubaan STPM Negeri Johor bermula pada 01 September 2010
Peperiksaan Selaras 2 bermula pada 30 Ogos 2010
Peperiksaan Percubaan STPM Negeri Johor bermula pada 01 September 2010
Peperiksaan Selaras 2 bermula pada 30 Ogos 2010
13 Mei 2010
Selamat Datang ke Blog Ini
Saya ingin mengalu-alukan kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke blog ini. Bersama-samalah kita berkongsi idea dan mengutarakan pendapat untuk kebaikan kita dan anak-anak didik yang amat dahagakan ilmu terutamanya yang berkaitan dengan bahasa.
Langgan:
Catatan (Atom)
