Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Pelajar. Papar semua catatan
15 Julai 2010
14 Julai 2010
Penyelidikan/Kolokium Telah Bermula.....
Assalamalaikum...
Perhatian untuk pelajar-pelajar junior PraU, tugasan untuk Bahasa Melayu telah pun diberikan. Setiap kumpulan telah diberikan tajuk tugasan masing-masing. Ketua kumpulan hendaklan memainkan peranan untuk memulakan dan menggerakkan ahli supaya mula mencari bahan masing-masing. Perjumpaan dengan guru pembimbing adalah dialu-alukan. Jangan tunggu sehingga tarikh terakhir baru hendak memulakan tugasan. Segala maklumat terkini akan dimasukkan di halaman 'Tugasan'. Sila buat semakan sekerap yang mungkin.
Begitu juga dengan tugasan untuk pelajar-pelajar senior 6SR1, tugasan hendaklah dihantar kepada saya selewat-lewatnya pada hari Jumaat ini (16 Julai 2010). Segala permasalahan sila bertemu dengan saya.
13 Julai 2010
14 Mei 2010
Kejayaan Pasti Menjelma
Coretan ini khusus untuk pelajar-pelajar yang akan menduduki STPM 2010
Saya ingin mengucapkan "Selamat Menduduki STPM" dan "Semoga Berjaya".
Setiap orang daripada kita memang mempunyai harapan dan impian untuk menjadi orang yang berjaya tanpa mengira siapa pun diri kita. Kejayaan adalah hak milik setiap insan. Saya percaya sebagai pelajar PraUniversiti, anda sekalian sudah pasti bercita-cita untuk menjejakkan kaki ke menara gading. Namun, segalanya bukan mudah kerana perlukan usaha dan kegigihan daripada diri anda sendiri.

Langgan:
Catatan (Atom)