21 Januari 2012

TUGASAN DALAM CUTI

Bahagian C

3. Alih bentuk teks prosa puisi di bawah ini kepada bentuk bahasa Melayu prosa moden. [15]

PAHLAWAN KEMERDEKAAN
(kepada pahlawan Pahang)

Pahlawan!
Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semnatan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

Panduan :
Panduan umum untuk menjawab soalan Alih Teks adalah seperti yang berikut:
1. Baca teks asal itu sepintas lalu dan fahami maksudnya. Cuba fahami maksudnya dengan membaca teks tersebut dengan teliti agar anda mendapat gambaran awal untuk mengalih bahasa teks seperti sajak kepada bentuk prosa bahasa Melayu Moden.

2. Alih teks tersebut kepada bentuk prosa biasa (ayat penyata) iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul (baku) dalam bentuk prosa bahasa Melayu moden. Jangan terpengaruh oleh struktur bahasa Melayu klasik dan elakkan penggunaan struktur ayat pasif.

3. Tulis semua isi atau fakta yang terdapat dalam teks asal tersebut. Jika ada isi atau fakta yang tertinggal atau terpesong, sudah pasti anda akan memperoleh markah yang kurang. Pastikan isi atau fakta tersebut menepati isi teks yang asal.

4. Kekalkan penggunaan nama khas dan juga perkataan yang tidak perlu diubah seperti perkataan daripada bahasa istana.

5. Jangan buat ulasan atau memberikan pendapat semasa mengalih teks asal tersebut. Ingatlah bahawa bahawa anda cuma memindahkan bahasa teks tersebut sahaja, bukannya memberikan pendapat atau ulasan. Elakkan ayat yang berbentuk ulasan seperti ini, Petikan tersebut menerangkan...., kerana ayat tersebut dianggap sebagai ulasan.

6. Jangan salin keseluruhan teks asal kerana perkara itu tidak menunjukkan anda telah mengalih teks asal tersebut. Sekiranya anda melakukan perkara itu sudah pasti anda akan memperoleh markah yang minimum.

7. Tulislah ayat-ayat yang telah anda alihkan bahasanya itu dalam beberapa perenggan, mengikut kesesuaian kandungannya (biasanya tidak melebihi 3 perenggan).

8. Elakkan kesalahan bahasa yang lazimnya dilakukan oleh calon-calon STPM. Sekiranya calon melakukan kesalahan bahasa yang banyak, sudah tentu markah persembahan akan terjejas.

9. Selain markah bahasa, calon-calon juga perlu menitikberatkan aspek jalinan ayat yang telah dibina itu agar persembahannya menjadi lebih kemas, jelas dan mudah difahami oleh pemeriksa.



TUGASAN DALAM CUTI

Bahagian D
4. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik-baik sahaja dia mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Konsep ini mencerminkan kesungguhan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha menyatupadukan penduduk negara ini. Konsep 1 Malaysia menekankan isu perpaduan nasional dan pembangunan yang berterusan berdasarkan kerja sama antara semua kaum dan sumbangan mereka kepada negara bagi mencapai aspirasi nasional. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak puas hati kerana semua rakyat-rakyat ialah bangsa Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Dalam konsep 1 Malaysia, slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Kesinambungan daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Panduan :
1. Setiap kesalahan telah saya boldkan untuk memudahkan pelajar menjawab. Pelajar hanya dikehendaki menyatakan sebab kesalahan dan membuat pembetulan.
2. Jawapan hendaklah ditulis mengikut ruangan seperti mana yang telah diterangkan di dalam kelas.

18 November 2011

JADUAL PEPERIKSAAN STPM 2011

STPM Time Table 2011">

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM 2011

Kepada semua pelajar Tingkatan 6SR1/6SR2 SMKUH, saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan STPM 2011. Ketenangan dalam menghadapi situasi penting ini amat-amatlah diperlukan. Semoga ketenangan ini sentiasa berada di sisi anda ketika menjawab soalan. Tidak ada lagi bantuan dari ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan semasa anda menjawab soalan yang diberikan. Hanya anda dan dengan doa kepada Allah s.w.t  sahajalah yang akan membantu dan memberi ketenangan ketika menjawab. Kami, warga guru SMKUH sentiasa mendoakan kejayaan anda. Ingatlah...peluang pertama telah anda lepaskan (SPM) dan anda telah diberi peluang untuk kedua kalinya...ingin anda lepaskan lagi!!!!Tekad dan bulatkan dalam diri anda yang sememangnya anda mampu melakukannya!!

Di sini saya ada postkan panduan, analisis, dan tajuk-tajuk penting karangan yang dijangka akan keluar pada tahun ini. Ambil kesempatan dan peluang yang ada ini untuk melipatgandakan pengetahuan sedia ada semoga panduan ini dapat membantu persediaan anda untuk menjawab soalan Bahasa Melayu STPM ini.

Panduan Menjawab Analisis Kesalahan Bahasa (Bahagian D)

Panduan Menjawab Soalan Bahagian d">

Analisis Bahagian B (Rumusan) Kertas 2 BM 2011

Jadual Pengagihan Soalan Rumusan">

Analisis Kertas 1 BM 2011

Analisis Pengagihan Soalan Bahasa Melayu Kertas 1">

BLOG BAHASA MELAYU SMKUH