Di sini saya ingin berkongsi ilmu bersama-sama pelajar saya dengan menyediakan soalan-soalan untuk memantapkan lagi proses pembelajaran dan teknik menjawab pelajar terutamanya bagi soalan Bahasa Melayu Kertas 2. Pada setiap bahagian soalan ini, saya sertakan panduan bagi memandu dan memudahkan pelajar menyediakan jawapan yang sebaik-baiknya. Diharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan masa cuti ini dengan membuat latihan seperti mana yang telah dibincangkan di dalam kelas.
Bahagian A
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan tajuk di bawah ini. [ 50 m ]
1. Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang disusuli dengan pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan di seluruh negara. Jelaskan rasionalnya kerajaan mengadakan dasar ini dan apakah kebaikannya.
Panduan Jawapan :
Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang disusuli dengan pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan di seluruh negara. Jelaskan rasionalnya kerajaan mengadakan dasar ini dan apakah kebaikannya?
PENDAHULUAN
· Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Myuhidin Yassin
· Sukan penting dalam kehidupan setiap warganegara Malaysia – masyarakat yang sihat dan berdaya saing
· Rasional Dasar 1Murid 1Sukan dan kebaikannya akan dibincangkan
Rasional Dasar 1Murid 1Sukan
1 Ramai pelajar tidak berminat bersukan – hanya menjadi ulat buku – tidak sedar kepentingan sukan dalam kehidupan.
2 Semakin banyak rakyat Malaysia yang mengidap penyakit kronik disebabkan kurang bersukan dan bersenam.
3 Ibu bapa tidak menerapkan budaya bersukan dan bersenam dalam kalangan anak-anak semasa berada di rumah.
4 Sukan semakin penting untuk mengangkat imej negara di mata dunia – menjadi ahli sukan profesional.
Kebaikan Dasar 1Murid 1Sukan
5 Melahirkan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal – dapat memberikan tumpuan penuh semasa guru mengajar – jarang sakit atau demam – tidak mengantuk di dalam kelas
6 Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum melalui aktiviti sukan
7 Membina kerjasama yang erat antara warga sekolah melalui aktiviti sukan – kerjasama dalam pasukan untuk mendapat kemenangan dalam pertandingan – kerjasama untuk mengelolakan aktiviti sukan.
8 Membentuk modal insan yang berdisiplin dan bersahsiah terpuji – sukan memerlukan insan-insan yang berdisiplin tinggi
PENUTUP
· Dasar 1Murid 1Sukan membawa banyak kebaikan jika dilaksanakan sepenuhnya
· Semua pihak harus memberikan sokongan dalam menjayakannya
· Jadikan sukan sebagai rutin harian ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan