19 September 2012

Alih Bahasa Teks

Untuk pelajar 6SR sila buat latihan di bawah ini.

1. Alih bentuk bahasa di bawah ini kepada bentuk prosa biasa.                                                      [15 m]                          

Cikgu Din melangkah masuk ke dewan dengan senyuman.
“ Siapa di sini telefon bimbitnya paling canggih?” Tanya Cikgu Din.
Kami saling berpandangan.Pelik dengan soalan Cikgu Din.
“ Wai Kit Cikgu,” jawabFakrul .
“Telefon kamu ada kamera Wai Kit?” Tanya Cikgu Din lagi.
“ Ya cikgu ,dua belas megapixel! ” Jawab Wai Kit bangga.
“Cikgu nak pinjam, nak ambil gambar dengan kamu semua.Hari ini hari terakhir cikgu di sekolah ini.”Jelas Cikgu Din.
“Cikgu... cikgu kena berhenti mengajar?” Tanya Marina sambil memandang ke arahCikgu Din.
Cikgu Din menggeleng sambil tersenyum.
“Cikgu tak cakap cikgu kena berhenti mengajar.Cikgu akan terus mengajar, tapi bukan di sekolah ini!”Jelas Cikgu Din.
Semua terdiam.Sedih.Geram dan kesal.Cikgu Din meneliti wajah kami semua.
Kemudian dia menambah... “Oh ya, cikgu akan mulakan tuisyen di rumah cikgu. Setiap hari Sabtu, jam 10 pagi hingga 1 tengah hari. Kalau berminat, nanti cikgu berikan alamat!”Jelas Cikgu Din.

FONOLOGI

Nota Bahasa Melayu STPM

2.0 : FONOLOGI BAHASA MELAYU
Pengenalan
Sistem Bahasa Melayu merangkumi empat bidang iaitu fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik.

• Fonologi - Bidang kajian bunyi-bunyi bahasa dan lambang-lambang.
• Morfologi - Bidang kajian kata dari segi pembentukan, jenis dan aspek-aspek   
  berkaitan kata.
• Sintaksis - Kajian tentang ayat yang merangkumi pembentukan, jenis dan golongan 
   serta kajian tentang ayat.
• Semantik - Kajian yang merangkumi penggunaan kata berpandukan makna.
 
2.1 Definisi Fonetik dan Fonemik

Fonologi :
- Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta 
  lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.
- Kajian tentang bunyi bahasa oleh manusia yang mempunyai lambang.

Penggolongan bunyi bahasa Melayu – ada 2 golongan iaitu

a. Fonetik – Pertuturan oleh manusia melalui 3 cara:
1. Fonetik artikulasi – mengkaji bunyi yang dikeluarkan oleh alat artikulasi
2. Fonetik pendengaran – mengkaji pendengaran dapersepsi bunyi. Bunyi yang dihasilkan
    melalui letupan, letusan, sengauan dll.
3. fonetik akustik – mengkaji sifat fizikal bahasa supaya dapat digolongkan mengikut 
    kategori.

b. Fonemik – menganalisa sistem bunyi secara sinkronik untuk mengenal pasti fonem-fonem dalam bahasa dan mengeluarkan lambang-lambangnya

Konsep bunyi, fonem, huruf dan suku kata.

2.1 Konsep Bunyi
Bunyi - yang dikeluarkan oleh alat ujaran.Mesti ada makna. Berterusan. Boleh dipenggalkan mengikut suku kata.
2.2 Konsep Fonem
Fonem - (huruf) unit bahasa yang terkecil dan berfungsi dalam sesuatu bahasa. Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.
- Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.

2.3 Konsep Alofon
Dalam fonem jika terdapat dua fonem pada awal dan akhir perkataan dan mempunyai sebutan yang berbeza dipanggil alofon.

2.4 Konsep Huruf
Huruf Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.
- Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
- Lambang fonem disebut huruf.Lambang dalam bahasa membentuk perkataan dalam 
  tulisan. Terdapat 3 jenis lambang:
i. Lambang ideogram. Satu lambang satu idea. Contoh bahasa cina.
ii. Lambang suku kata. Satu suku kata ada makna. Contoh bahasa rencong dan jawa.
iii. Lambang fonologis atau fonemik.
- Lambang yang dicantum menjadi tulisan yang mempunyai makna. Contohnya lambang romawi  dan cyrilik.
- Sistem romawi digunakan dalam tulisan rumi bahasa melayu.Dalam ejaan rumi ada 26 huruf atau lambang. 21 fonem konsonan dan 5 fonem vokal.
- Bahasa pinjaman terdiri dari 5 huruf gabungan iaitu gh, kh, ny, sy dan ng
2.5 Konsep Suku Kata
Konsep suku kata - pecahan sesuatu perkataan terdiri satu vokal atau gabungan vokal dengan konsonan. Terdapat 11 pola suku kata. 4 pola suku kata asli, 7 pola suku kata pinjaman.
- Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan.
- Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.

Alat-alat Pertuturan Manusia- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi

Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.

Alat Ujaran 
a. alat pernafasan
b. alat sebutan

a. Alat pernafasan.
Alat pernafasan memainkan perana dalam mengeluarkan bunyi bahasa. Ia berkait rapat dengan sistem udara yang keluar masuk ke dalam paru-paru. Antaranya ialah.

i. Paru-paru ~ menyedut udara masuk dan keluar. Menghasilkan bunyi melului pelbagai sekatan ke atas arus udara.
ii. Rongga rengkung ~ terdapat peti suara. Terdapat halkum yang akan bergerak ke atas dan ke bawah mengikut tinggi dan rendah bunyi yang dihasilkan. Peti suara penting kerana di dalamnya terdapat pita suara atau glotis.Jika pita suara digetarkan, bunyi bersuara akan dihasilkan. Jika pita suara tidak bergetar, bunyi tidak bersuara akan dihasilkan.
iii. Rongga tekak ~ rongga ini boleh diluaskan dan disempitkan mengikut kesesuaian bunyi. Lelangit lembut boleh di angkat menutup rongga hidung dan membuka rongga ini supaya udara dapat melaluinya.
iv. Rongga hidung ~ rongga ini ialah ruang yang terletak di atas rongga mulut. Jika lelangit lembut diturunkan, arus udara akan masuk ke rongga hidung dan menghasilkan bunyi sengau.
v. Rongga mulut ~ rongga ini terletak di antara rongga tekak dengan bibir 

NOTA FONOLOGI

Sebahagian nota untuk tajuk Fonologi adalah seperti berikut : 

Definisi Fonologi


1. Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-
  bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
2. Hanya mengkaji bunyi yang bermakna dalam pertuturan manusia
3. Tidak mengkaji bunyi yang tidak bermakna seperti batuk, bersin, berdehem,
    mengeluh, menguap
4. Bunyi yang diucapkan berbentuk ujaran yang berentetan (tidak putus-putus).
5. Bunyi hanya dipenggalkan menjadi unit-unit kecil (bunyi penggalan atau fon)
    Contoh : [a] [t] [a] [p]
6 Dalam penulisan fon ditulis dalam tanda kurung ([ ]) yang menandakan fon tersebut
   merupakan bunyi suatu bentuk bunyi bahasa.
   Contoh : perkataan sate terdiri daripada fon [s], [a], [t], dan [e]
7. Dalam bahasa tertentu, terdapat unsur bunyi yang tidak dapat dipenggalkan (tidak
    bersifat penggalan). Bunyi ini dikenali sebagai bunyi suprapenggalan
    Contoh : makna kata bit dan beat dalam bahasa Inggeris dan na’iimum (bahagia)
    dan naa’imun (lembut/licin) dalam bahasa Arab dibezakan dengan unsur
    kepanjangan

2 cabang Fonologi iaitu :

Fonetik
1. Bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut
2. Tiga pendekatan :
    2.1 penyebutan
- penelitian terhadap cara bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.
- dikenali sebagai fonetik artikulasi
    2.2 pendengaran
- melibatkan alat-alat canggih untuk mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa.
- mengesan bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran
- deskripsi tentang bunyi dapat dilakukan
    2.3 sifat bunyi
- menggunakan alat palatogram, letromiografi, dan laringoskopi untuk mengkaji sifat-sifat fizikal bunyi
- dikenali fonetik akustik
Fonemik
cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu.
Tujuankajian : mengenal pasti fonem-fonem dalam sesuatu bahasa, seterusnya menghasilkan sistem tulisan atau ejaan bagi bahasa tersebut

Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

 Bibir
Gigi
Gusi Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah
Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
Paru-paru
Peti suara dan pita suara


Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
     Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
Konsep Fonem dan Alofon 

Fonem
1. Unit bahasa yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa
2. Dikenali sebagai bunyi bahasa
3. Berfungsi membezakan makna kata
4. perkataan sama dan sana mempunyai makna yang berbeza disebabkan perbezaan bunyi [m] dan [n]. Bunyi [m] dan [n] dianggap sebagai 2 fonem yang berasingan. Perkataan sama dan sana dianggap sebagai pasangan terkecil berkontras.
5. Memandangkanbunyi [m] dan [n] merupakan 2 fonem yang berlainan, maka tanda kurung [ ] yang menandakan bentuk bunyi akan berubah menjadi tanda / /, untuk menunjukkan status fonem. Oleh itu penulisan bunyi bahasa [m] dan [n] akan berubah menjadi /m/ dan /n/
6. Dalam bahasa Melayu, sesuatu fonem biasanya mempunyai anggota-anggota lain yang mempunyai ciri fonetik yang sama, tetapi berlainan bunyinya apabila hadir pada kedudukan yang berbeza. Bunyi [p] pada awal kata pekap diujarkan sebagai bunyi yang sempurna. Sebaliknya, bunyi [p] pada akhir kata pekap diujarkan sebagai bunyi letupan tidak sempurna. Ini bermakna, terdapat 2 anggota fonem /p/ iaitu [p] yang letupannya sempurna (terlaksana) dan /p/ yang letupannya tidak sempurna (tidak terlaksana) Varian fonem sebegini dikenali sebagai alofon
Alofon
Rujuk makluman no. 6 di atas
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.
Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.
Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.
Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai duaalofon.

Huruf
1. Lambang yang diberi kepada fonem
2. Lambang-lambang ini menghasilkan bahasa dalam bentuk tulisan
3. Konsep huruf berbeza dengan fonem.
4. Fonem merupakan unit bunyi bahasa manakala huruf ialah tulisan untuk bahasa tersebut
5. Terdapat 26 huruf Rumi yang melambangkan 26 bunyi konsonan dan 6 bunyi vokal.
6. Bunyi konsonan :
    (a) 21 huruf tunggal : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z
    (b)  5 huruf gabungan : gh, kh, ng, ny, sy
7. 6 bunyi vokal dilambangkan oleh 5 huruf : a, e, i, o, u. Huruf e melambangkan 2 fonem ( e pepet dan e taling)
8. 3 fonem diftong : ai, au, dan oi
Suku kata....

Lebih kurang 12 daripada 20 soalan Bahagian A Peperiksaan Penggal 1 akan keluar daripada tajuk Fonologi. Sebenarnya banyak nota berkaitan tajuk ini di laman sesawang. Ada sesetengah pelajar tidak mengetahui maklumat yang perlu diingati. Untuk mengetahui maklumat yang perlu dikuasai, saya cadangkan pelajar melihat soalan-soalan berkaitan. Untuk subtajuk 2.2.1 Vokal misalnya, antara maklumat penting yang perlu diingati ialah definisi vokal dan ciri-ciri bunyi vokal, rajah vokal, bahagian lidah yang terlibat, bentuk bibir, konsep luas, sempit, separuh luas dan separuh sempit. Maksud saya, pelajar perlu tahu perkara atau maklumat yang perlu dikuasai yang berguna untuk menjawab soalan dan bukannya belajar tanpa fokus. Perkara yang sama juga perlu dilakukan untuk subtajuk-subtajuk lain.

21 Januari 2012

TUGASAN DALAM CUTI

Assalamualikum pelajar-pelajar...

Di sini saya ingin berkongsi ilmu bersama-sama pelajar saya dengan menyediakan soalan-soalan untuk memantapkan lagi proses pembelajaran dan teknik menjawab pelajar terutamanya bagi soalan Bahasa Melayu Kertas 2. Pada setiap bahagian soalan ini, saya sertakan panduan bagi memandu dan memudahkan pelajar menyediakan jawapan yang sebaik-baiknya. Diharap pelajar-pelajar dapat memanfaatkan masa cuti ini dengan membuat latihan seperti mana yang telah dibincangkan di dalam kelas.

Bahagian A
Tulis sebuah karangan yang panjangnya antara 650 hingga 700 patah perkataan dengan berdasarkan tajuk di bawah ini. [ 50 m ]

1. Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang disusuli dengan pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan di seluruh negara. Jelaskan rasionalnya kerajaan mengadakan dasar ini dan apakah kebaikannya.

Panduan Jawapan :


Baru-baru ini, kerajaan telah melancarkan Dasar 1Murid 1Sukan yang disusuli dengan pelancaran Larian Serentak 1Murid 1Sukan di seluruh negara. Jelaskan rasionalnya kerajaan mengadakan dasar ini dan apakah kebaikannya?

PENDAHULUAN

·            Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Myuhidin Yassin
·            Sukan penting dalam kehidupan setiap warganegara Malaysia – masyarakat yang sihat dan berdaya saing
·            Rasional Dasar 1Murid 1Sukan dan kebaikannya akan dibincangkan

Rasional Dasar 1Murid 1Sukan

1      Ramai pelajar tidak berminat bersukan – hanya menjadi ulat buku – tidak sedar kepentingan sukan dalam kehidupan.

2       Semakin banyak rakyat Malaysia yang mengidap penyakit kronik disebabkan kurang bersukan dan bersenam.

3    Ibu bapa tidak menerapkan budaya bersukan dan bersenam dalam kalangan anak-anak semasa berada di rumah.

4           Sukan semakin penting untuk mengangkat imej negara di mata dunia – menjadi ahli sukan profesional.

Kebaikan Dasar 1Murid 1Sukan

5           Melahirkan pelajar yang sihat dari segi mental dan fizikal – dapat memberikan tumpuan penuh semasa guru mengajar – jarang sakit atau demam – tidak mengantuk di dalam kelas

6           Memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar yang pelbagai kaum melalui aktiviti sukan

7           Membina kerjasama yang erat antara warga sekolah melalui aktiviti sukan – kerjasama dalam pasukan untuk mendapat kemenangan dalam pertandingan – kerjasama untuk mengelolakan aktiviti sukan.

8           Membentuk modal insan yang berdisiplin dan bersahsiah terpuji – sukan memerlukan insan-insan yang berdisiplin tinggi

PENUTUP

·                Dasar 1Murid 1Sukan membawa banyak kebaikan jika dilaksanakan sepenuhnya
·                Semua pihak harus memberikan sokongan dalam menjayakannya
·                Jadikan sukan sebagai rutin harian ke arah kehidupan yang lebih sihat dan bahagia.

TUGASAN DALAM CUTI

Bahagian B

3. Fahami petikan di bawah ini dan kemudian rumuskan petikan ini dengan padat dan ringkas tanpa menjejaskan isi kandungannya. Rumusan hendaklah dibuat tidak lebih daripada tiga perenggan dan panjangnya antara 190 hingga 200 patah perkataan. Jumlah perkataan dalam jawapan hendaklah ditulis pada akhir jawapan. [20]

     Pelbagai komen dibuat mengenai kekalahan Malaysia kepada Singapura dengan agregat enam gol berbalas empat dalam keputusan terakhir perlawanan bola sepak pra-Piala Dunia baru-baru ini. Walau apa pun komen yang diberikan, kita mesti menerima hakikat bahawa dalam konteks pembangunan bola sepak di Malaysia, ternyata perjalanannya masih 'jauh'. Perspektif kita mengenai bola sepak mesti berubah sejajar dengan perkembangannya antarabangsa. Bola sepak telah menjadi satu industri, kerjaya, alat diplomasi dan elemen nasionalisme. Di negara-negara yang terkenal dengan bola sepak seperti Brazil, Argentina, England, Jerman dan Perancis, bola sepak ialah segala-galanya. Di negara-negara 'baru' dalam dunia bola sepak seperti Korea Selatan, Jepun, serta beberapa negara Afrika, sukan bola sepak sentiasa berada di hati rakyatnya. Pemain-pemain bola sepak di negara-negara ini tidak takut mencuba nasib bermain di negara Barat dan Amerika Selatan untuk mencari skil, pengalaman dan ketahanan diri serta mental. Akhirnya, mereka berjaya mengukir nama sebagai seorang pemain bola sepak dunia. Jelas sekali, sokongan kerajaan dan swasta semata-mata tidak cukup untuk menjadikan seseorang itu sebagai pemain bola sepak yang baik. Pemain bola sepak sendiri mesti ada kemahuan untuk berjaya dan berani mencuba nasib di luar negara.

       Sejarah bola sepak negara kita telah membuktikan bahawa Malaysia penah memberikan saingan hebat kepada pasukan terkuat dunia sama ada dalam perlawanan rasmi mahupun persahabatan. Malaysia juga pernah melahirkan ramai pemain bola sepak yang terkenal dan digeruni lawan seperti Abdul Ghani Minhat, Mokhtar Dahari, Zainal Abidin Hassan, Azman Adnan, dan yang terbaru, Safee Sali. Liga Malaysia boleh dikatakan agak setanding dengan liga bola sepak di negara lain di sekitar rantau Asia Tenggara kerana banyak melahirkan pemain-pemain baru yang boleh dipanggil untuk mewakili negara di peringkat antarabangsa. Antara sedikit bukti kejayaan Liga Malaysia ialah pembentukan pasukan bola sepak kebangsaan dan olimpik yang ada pada hari ini. Pasukan kebangsaan di bawah pimpinan Datuk K. Rajagobal berjaya menjuarai Piala AFC-Suzuki baru-baru ini menewaskan Indonesia. Sokongan dan bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan untuk pembangunan bola sepak sangatlah banyak tetapi kurang dimanfaatkan.

     Persatuan bola sepak negeri yang dikatakan mempunyai program pembangunan bola sepak mereka sendiri sebenarnya gagal dalam usaha untuk melahirkan ramai pemain muda yang berkaliber. Konflik sering berlaku antara Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan persatuan bola sepak negeri mengenai pelepasan pemainnya untuk beraksi mewakili pasukan kebangsaan. Ramai pemain yang cemerlang ketika beraksi dengan pasukan negeri sebaliknya menjadi 'primadona' di padang ketika mewakili pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa. Pemain bola sepak negeri semacam tidak begitu bangga untuk bermain dengan pasukan kebangsaan, dan ramai daripada mereka hanyalah 'jaguh kampung' semata-mata. Usaha untuk menghantar pemain hanya sekadar berlatih dengan kelab-kelab di EPL akan merugikan FAM. FAM dan persatuan bola sepak negeri serta kelab tempatan boleh mewujudkan satu 'perkongsian pintar' membekalkan pemain bola sepak berkualiti dan berkaliber ke luar negara. Politik dalaman persatuan bola sepak negeri serta dalam FAM sendiri perlu dikurangkan.

      Apa yang penting bukannya kejayaan individu yang memimpin persatuan tetapi kejayaan sukan bola sepak negara. Kita sangat menyanjung tinggi sikap penyerang kebangsaan Safee Sali yang sanggup berkelana ke Indonesia bermain dengan kelab Pelita Jaya FC yang mungkin namanya tidaklah sehebat kelab-kelab di EPL dan Eropah. Malaysia juga boleh belajar daripada bekas pemain bola sepak Malaysia yang telah berjaya sebagai jurulatih di luar negara seperti Lim Teong Kim yang kini melatih pasukan remaja Bayern Munich di Jerman. Untuk berjaya dalam sukan bola sepak, semua pihak di Malaysia termasuk pemain mesti mengubah sikap dan mentaliti mereka. Tidak guna berangan untuk bermain dengan pasukan hebat di Eropah kalau standard pasukan dan diri sendiri sebenarnya 'jaguh kampung' sahaja.
(Disesuaikan daripada
Pembangunan Bola Sepak di Malaysia : Perjalanan yang masih jauh
dalam Utusan Malaysia, 2 Ogos 2011)

Panduan Menjawab :
Selain soalan karangan, calon-calon STPM juga perlu bersiap sedia untuk menjawab soalan rumusan. Sebenarnya, soalan rumusan lebih mudah untuk dijawab berbanding dengan soalan karangan kerana semua isi yang dikehendaki dalam soalan ini memang ada dalam petikan. Hal ini demikian kerana, isi utama terdapat dalam perenggan pertama, isi-isi sokonganlain terdapat dalam perenggan-perenggan yang berikutnya dan kesimpulanpula sudah tentu terdapat dalam perenggan yang terakhir. Namun demikian, cikgu mendapati bahawa masih terdapat kelemahan jawapan pelajar semasa menjawab soalan ini kerana kurang mementingkan teknik menjawab soalan rumusan yang betul semasa menjawab soalan tersebut. Oleh itu, cikgu akan menyenaraikan kelemahan-kelemahan tersebut untuk dibaiki dan pelajar-pelajar perlu memahami teknik yang betul untuk menjawab soalan rumusan.

Kelemahan Umum Soalan Rumusan STPM• Perenggan rumusan – ada calon yang menulis satu perenggan atau dua perenggan sahaja, ada juga yang melebihi 3 perenggan.
• Menulis atau menyalin ayat daripada petikan 100 peratus.
• Membina ayat sendiri sehingga maksud ayat tersebut berbeza langsung dengan maksud asalnya.
• Ayat-ayat yang dibina itu tergantung iaitu ayat tiada subjek atau predikat.
• Menulis Isi Utama (IU) dan kesimpulan (K) yang terlalu ringkas dan tidak lengkap.
• Menulis Isi Sokongan (IS) melebihi 6 isi, menyebabkan rumusan menjadi terlalu panjang dan melebihi had perkataan yang ditetapkan.
• Mencampuradukkan Isi Sokongan (IS) dalam satu ayat sehingga isi tersebut tidak teratur.
• Kesalahan mekanis yang kurang diberikan perhatian seperti tanda bacaan dalam ayat.
• Tidak menulis jumlah perkataan pada akhir rumusan.

Jadi, calon-calon STPM perlu mengelakkan kesalahan umum yang kerap dilakukan oleh mereka ketika menjawab soalan rumusan. Calon-calon STPM, cuba buat latihan rumusan di bawah dan e-melkan jawapan tersebut kepada saya untuk disemak.

TUGASAN DALAM CUTI

Bahagian C

3. Alih bentuk teks prosa puisi di bawah ini kepada bentuk bahasa Melayu prosa moden. [15]

PAHLAWAN KEMERDEKAAN
(kepada pahlawan Pahang)

Pahlawan!
Jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan kau derhaka
maka kaulah pahlawan sebenarnya.

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semnatan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakt mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat.

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

Panduan :
Panduan umum untuk menjawab soalan Alih Teks adalah seperti yang berikut:
1. Baca teks asal itu sepintas lalu dan fahami maksudnya. Cuba fahami maksudnya dengan membaca teks tersebut dengan teliti agar anda mendapat gambaran awal untuk mengalih bahasa teks seperti sajak kepada bentuk prosa bahasa Melayu Moden.

2. Alih teks tersebut kepada bentuk prosa biasa (ayat penyata) iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu yang betul (baku) dalam bentuk prosa bahasa Melayu moden. Jangan terpengaruh oleh struktur bahasa Melayu klasik dan elakkan penggunaan struktur ayat pasif.

3. Tulis semua isi atau fakta yang terdapat dalam teks asal tersebut. Jika ada isi atau fakta yang tertinggal atau terpesong, sudah pasti anda akan memperoleh markah yang kurang. Pastikan isi atau fakta tersebut menepati isi teks yang asal.

4. Kekalkan penggunaan nama khas dan juga perkataan yang tidak perlu diubah seperti perkataan daripada bahasa istana.

5. Jangan buat ulasan atau memberikan pendapat semasa mengalih teks asal tersebut. Ingatlah bahawa bahawa anda cuma memindahkan bahasa teks tersebut sahaja, bukannya memberikan pendapat atau ulasan. Elakkan ayat yang berbentuk ulasan seperti ini, Petikan tersebut menerangkan...., kerana ayat tersebut dianggap sebagai ulasan.

6. Jangan salin keseluruhan teks asal kerana perkara itu tidak menunjukkan anda telah mengalih teks asal tersebut. Sekiranya anda melakukan perkara itu sudah pasti anda akan memperoleh markah yang minimum.

7. Tulislah ayat-ayat yang telah anda alihkan bahasanya itu dalam beberapa perenggan, mengikut kesesuaian kandungannya (biasanya tidak melebihi 3 perenggan).

8. Elakkan kesalahan bahasa yang lazimnya dilakukan oleh calon-calon STPM. Sekiranya calon melakukan kesalahan bahasa yang banyak, sudah tentu markah persembahan akan terjejas.

9. Selain markah bahasa, calon-calon juga perlu menitikberatkan aspek jalinan ayat yang telah dibina itu agar persembahannya menjadi lebih kemas, jelas dan mudah difahami oleh pemeriksa.



TUGASAN DALAM CUTI

Bahagian D
4. Kenal pasti kesalahan bahasa dalam petikan di bawah ini. Bagi setiap kesalahan, jelaskan sebab kesalahan dan kemudian buat pembetulan. [ 15 ]

Konsep 1 Malaysia diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik-baik sahaja dia mengangkat sumpah memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia yang ke-enam. Konsep ini mencerminkan kesungguhan Perdana Menteri yang sentiasa berusaha menyatupadukan penduduk negara ini. Konsep 1 Malaysia menekankan isu perpaduan nasional dan pembangunan yang berterusan berdasarkan kerja sama antara semua kaum dan sumbangan mereka kepada negara bagi mencapai aspirasi nasional. Melalui konsep 1 Malaysia ini tidak akan wujud perasaan tidak puas hati kerana semua rakyat-rakyat ialah bangsa Malaysia yang mempunyai satu hala tuju dan cita rasa untuk bersama-sama memajukan negara. Dalam konsep 1 Malaysia, slogan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan”. Kesinambungan daripada dua kepimpinan terdahulu dalam membawa Malaysia menjadi sebuah negara maju.

Panduan :
1. Setiap kesalahan telah saya boldkan untuk memudahkan pelajar menjawab. Pelajar hanya dikehendaki menyatakan sebab kesalahan dan membuat pembetulan.
2. Jawapan hendaklah ditulis mengikut ruangan seperti mana yang telah diterangkan di dalam kelas.

BLOG BAHASA MELAYU SMKUH