18 November 2011

JADUAL PEPERIKSAAN STPM 2011

STPM Time Table 2011">

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN STPM 2011

Kepada semua pelajar Tingkatan 6SR1/6SR2 SMKUH, saya ingin mengucapkan Selamat Menghadapi Peperiksaan STPM 2011. Ketenangan dalam menghadapi situasi penting ini amat-amatlah diperlukan. Semoga ketenangan ini sentiasa berada di sisi anda ketika menjawab soalan. Tidak ada lagi bantuan dari ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan semasa anda menjawab soalan yang diberikan. Hanya anda dan dengan doa kepada Allah s.w.t  sahajalah yang akan membantu dan memberi ketenangan ketika menjawab. Kami, warga guru SMKUH sentiasa mendoakan kejayaan anda. Ingatlah...peluang pertama telah anda lepaskan (SPM) dan anda telah diberi peluang untuk kedua kalinya...ingin anda lepaskan lagi!!!!Tekad dan bulatkan dalam diri anda yang sememangnya anda mampu melakukannya!!

Di sini saya ada postkan panduan, analisis, dan tajuk-tajuk penting karangan yang dijangka akan keluar pada tahun ini. Ambil kesempatan dan peluang yang ada ini untuk melipatgandakan pengetahuan sedia ada semoga panduan ini dapat membantu persediaan anda untuk menjawab soalan Bahasa Melayu STPM ini.

Panduan Menjawab Analisis Kesalahan Bahasa (Bahagian D)

Panduan Menjawab Soalan Bahagian d">

Analisis Bahagian B (Rumusan) Kertas 2 BM 2011

Jadual Pengagihan Soalan Rumusan">

Analisis Kertas 1 BM 2011

Analisis Pengagihan Soalan Bahasa Melayu Kertas 1">

Analisis Bahagian C Kertas 2 BM 2011

Jadual Populariti Soalan Alih Bentuk Teks">

10 Isu Karangan Kertas 2 STPM 2011

Khas untuk pelajar PraU yang akan mengambil STPM 2011..
..
10 isu yang perlu diberi perhatian dalam karangan kertas 2 BM :

1. Bahasa rojak - punca, kesan & langkah mengatasinya.
2. Pemerdagangan manusia - punca & langkah mengatasinya.
3. Laman web sosial - kebaikan/keburukan & langkah mengatasinya.
4. Pembuangan bayi -punca & langkah mengatasinya.
5. Bencana alam - punca, kesan & langkah mengatasinya.
6. Dasar 1Murid 1Sukan - kepentingan dasar.
7. Dasar MBMMBI - kepentingan dasar.
8. Jenayah ragut - punca & langkah mengatasinya.
9. Keracunan makanan - punca & langkah mengatasinya.
10.Penyakit berjangkit - kenis, punca & langkah mengatasinya.

Selamat Menghadapi STPM - semoga anda diberi ketenangan dan minda terbuka luas untuk menjawab...amin.

24 Mei 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR PRAUNIVERSITI SESI 2011/2012

Selamat datang dan selamat menjadi warga SMK Ungku Husin kembali kepada para pelajar Prauniversiti Sesi 2011/2012. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kerana telah membuat pilihan bijak dengan memilih Prauniversiti. Mungkin ada dalam kalangan pelajar yang mengandaikan ini adalah "keterpaksaan dalam memilih" tetapi bagi saya sebagai guru Prauniversiti, anda telah membuat keputusan yang tepat. Pilihan ini menjadi semakin tepat sekiranya peluang yang ada dalam tempoh setahun setengah ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membulatkan tekad dan keazaman agar sinar kegemilangan dan kejayaan akan muncul di akhir proses pembelajaran ini. Ayuhlah...jangan bertangguh lagi..keputusan telah dibuat, ketetapan telah dibulat, keazaman telah dikerat, kejayaan pasti dipahat...Insyallah..Jadikan kejayaan pelajar-pelajar senior sebelum ini sebagai dorongan kuat untuk berjaya. 

BLOG BAHASA MELAYU SMKUH