24 Mei 2011

SELAMAT DATANG PELAJAR PRAUNIVERSITI SESI 2011/2012

Selamat datang dan selamat menjadi warga SMK Ungku Husin kembali kepada para pelajar Prauniversiti Sesi 2011/2012. Tahniah diucapkan kepada pelajar-pelajar kerana telah membuat pilihan bijak dengan memilih Prauniversiti. Mungkin ada dalam kalangan pelajar yang mengandaikan ini adalah "keterpaksaan dalam memilih" tetapi bagi saya sebagai guru Prauniversiti, anda telah membuat keputusan yang tepat. Pilihan ini menjadi semakin tepat sekiranya peluang yang ada dalam tempoh setahun setengah ini digunakan dengan sebaik-baiknya untuk membulatkan tekad dan keazaman agar sinar kegemilangan dan kejayaan akan muncul di akhir proses pembelajaran ini. Ayuhlah...jangan bertangguh lagi..keputusan telah dibuat, ketetapan telah dibulat, keazaman telah dikerat, kejayaan pasti dipahat...Insyallah..Jadikan kejayaan pelajar-pelajar senior sebelum ini sebagai dorongan kuat untuk berjaya. 

BLOG BAHASA MELAYU SMKUH