Seramai 38 pelajar PraU SMK Ungku Husin, Endau telah menghadiri Seminar Teknik Menjawab STPM yang telah diadakan di SMK Rompin, Pahang. Seminar ini telah diadakan dalam dua fasa. Fasa 1 diadakan pada 2-4 Julai 2010 dan Fasa 2 diadakan pada 16-18 Julai 2010. Sebanyak 5 buah sekolah terlibat, iaitu 3 buah sekolah daerah Rompin (SMK Rompin, SMK Sri Rompin, SMK Tg. Gemok) dan 2 buah sekolah daerah Mersing (SMK Ungku Husin dan SMK Tenggaroh A).
Pendedahan kepada bentuk soalan dan teknik menjawab soalan yang sebenar ini kepada para pelajar diharapkan dapat dimanfaatkan sepenuhnya dalam peperiksaan sebenarnya nanti. Terima kasih diucapkan kepada semua guru yang terlibat membawa pelajar dalam program ini. Insyallah, kejayaan pasti menjelma.


2 ulasan:
amboi..masing2 control cun..huhuhu..
Sapa dia bujang handsome yg tengah berdiri tu.. mcam kenal je....
Catat Ulasan