Bahagian ini merupakan bahagian yang paling senang kalau pelajar faham cara-cara menganalisis kesalahan bahasa yang terdapat dalam Bahasa Malaysia STPM.
Antara strategi yang boleh membantu ialah :
1. Pastikan anda mencuba soalan tahun-tahun lepas dari 2001 hingga 2009. Kalau diperhatikan bentuk soalan yang dikeluarkan tidak jauh beza. Malahan, ada sesetengah kesalahan bahasa yang dikeluarkan berulang kali, yang diubah cuma soalan sahaja.
2. Kuasai semua kesalahan kata sendi nama kerana amat mudah untuk membetulkan, mengesan, dan memberikan alasan mengenai kesalahan kata sendi nama. Pada setiap tahun, kesalahan kata sendi nama memang ada dikeluarkan sekurang-kurangnya 1 - 3 jenis kesalahan.
3. Kumpulkan semua jawapan yang diberikan oleh guru dalam satu buku latihan khusus. Pastikan anda tidak keliru dengan guru yang memberikan pelbagai jawapan bagi kesalahan yang sama. Jika situasi ini berlaku bincangkan perkara ini dengan guru anda untuk mendapatkan jawapan yang terbaik.
Semoga berjaya. Belajar rajin-rajin. hidup di universiti terlalu indah dan berusahalah untuk menjejakkan kaki ke sana.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan