19 Mei 2010

Soalan Ulangkaji BM1

SOALAN 1

Vokal depan sempit dihasilkan apabila...

I. depan lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut menyebabkan berlakunya sempitan.

II. udara yang keluar melalui sempitan ini akan menghasilkan bunyi vokal.

III. bibir berada dalam keadaan hampar atau leper.

IV. belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan asal.

A. II dan III

B. I dan IV

C. I, II dan III

D. I, II dan IV



Soalan Ulangkaji BM1

SOALAN 1

Batu bersurat pertama yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Islam telah ditemukan di...

I. Pagar Ruyung, Minangkabau - bertarikh 1356

II. ditulis dengan huruf Pallava serta mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris Bahasa Sanskrit.

III. Bahasa dan kata-kata yang terdapat pada batu bersurat ini berbeza daripada bahasa dan kata-kata yang terdapat pada batu bersurat yang ditemukan pada abad ke-7.

IV. Batu bersurat ini membuktikan bahawa Bahasa Sanskrit amat berpengaruh dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan seperti yang terdapat pada zaman kerajaan Srivijaya.

A. I, II dan IV

B. I, II dan III

C. I dan III

D. II dan IV


Mengangkat Martabat Bahasa Melayu

RUANGAN ini semalam buat kesekian kalinya memaparkan kepiluan Prof Dr Teo Kok Seong mengenangkan nasib malang yang menimpa bahasa Melayu hari demi hari.

Entah berapa kali lagi beliau akan berasa pilu begitu, bergantung kepada berapa banyak lagi tindak-tanduk songsang yang dilakukan oleh pelbagai pihak yang tidak yakin dengan ketinggian martabat bahasa kebangsaan itu.



14 Mei 2010

Koleksi Kata-kata Hikmat untuk Penulisan Karangan

01 "Gunakan akal anda seolah-olah nyawa anda bergantung kepadanya" ~ Hamba Allah
02 "Ilmu dan kepandaian itu adalah sahabat yang setia dalam hidup sampai kepada penghabisan umur" ~ Hamba Allah
03 "Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."
04 "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma."
05 "Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus
06 "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."
07 "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."
08 "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."
09 "Barangsiapa mempertimbangkan keselamatan dalam tindakannya, maka tenanglah batinnya."
10 "Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille


Ungkapan untuk Berkomunikasi Perlu Kena Pada Tempat dan Lingkungan

PENGGUNAAN bahasa untuk berkomunikasi perlu kena pada tempatnya dan digunakan dalam lingkungannya berpandukan prinsip komunikasi sebenar supaya mesej yang mahu disampaikan dapat difahami kedua-dua pihak dalam konteks komuniti.


Maksudnya, tidak semua bahasa boleh digunakan secara membuta tuli dalam semua kelompok kerana ia akan menyebabkan kegagalan dalam komunikasi boleh berlaku sekali gus merosakkan fungsi berbahasa itu sendiri.


Kurang Mahir Pendek Perkataan Punca Banyak Mesej Sukar Difahami

KURANGNYA kemahiran dalam memendekkan perkataan menjadi antara punca mengapa banyak SMS sukar difahami terutama apabila membabitkan terlalu banyak singkatan dalam satu mesej yang mahu disampaikan.


Pakar bahasa, Prof Datuk Dr Nik Safiah Karim, berkata kegagalan memendekkan bahasa dengan tepat menyukarkan ramai memahaminya kerana ia mungkin membawa pelbagai maksud lain.


Ayat SMS Cemari Usaha Martabat Bahasa Melayu oleh Azrul Affandi Sobri

Pengaruh penggunaan singkatan perkataan boleh menyebabkan kualiti bahasa semakin merosot

"KAN kt ne? kt lai wah ah. pe je g g? te we ah. cun bj bro. cam bj ak nix ja an." – Apa agaknya perasaan anda apabila menerima mesej sebegini melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dan kadangkala mesej itu pula boleh dikatakan menggunakan 100 peratus perkataan singkatan.


Tahukah anda mesej di atas membawa maksud sebegini – "Makan kat mana? Kat gulai kawahlah. Siapa saja pergi? Kita berdua sajalah. Cantik baju awak. Macam baju aku ni saja kan."



Pengurusan Tidak Efisien Punca Kemusnahan Alam Sekitar oleh Mohd Nazifi Nawawi

Kepesatan pembangunan tanpa perancangan strategik penyebab pencemaran, jejas kualiti hidup

DALAM usaha mengejar kemajuan dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek pembangunan sesebuah negara, tidak dapat dielakkan. Namun, timbul pula kesan negatif kepada alam sekitar daripada proses pembangunan dan pemodenan disebabkan manusia sering mengabaikan masalah alam sekitar yang timbul daripada proses pembangunan itu.


Semua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber ekonomi dan kemandirian bumi. Untuk mengurangkan kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar, setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mesti diseimbangkan dengan usaha pengurusan dan pemeliharaan alam.



BLOG BAHASA MELAYU SMKUH