SOALAN 1
Batu bersurat pertama yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Islam telah ditemukan di...
I. Pagar Ruyung, Minangkabau - bertarikh 1356
II. ditulis dengan huruf Pallava serta mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris Bahasa Sanskrit.
III. Bahasa dan kata-kata yang terdapat pada batu bersurat ini berbeza daripada bahasa dan kata-kata yang terdapat pada batu bersurat yang ditemukan pada abad ke-7.
IV. Batu bersurat ini membuktikan bahawa Bahasa Sanskrit amat berpengaruh dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan seperti yang terdapat pada zaman kerajaan Srivijaya.
A. I, II dan IV
B. I, II dan III
C. I dan III
D. II dan IV
SOALAN 2
Bahasa ini merupakan salah satu daripada 200 bahasa dalam keluarga bahasa Indonesia.
Penuturnya terdiri daripada penduduk-penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa bahasa ini telah menjadi bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu lebih awal daripada abad ke- 13.
Bahasa yang dimaksudkan di atas ialah...
A. Bahasa Melayu
B. Bahasa Melanesia
C. Bahasa Polinesia
D. Bahasa Austronesia
SOALAN 3
Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan...
A. Dalam masa sepuluh tahun selepas kemerdekaan, Bahasa Melayu harus digunakan sepenuhnya.
B. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan boleh ditulis dalam apa-apa bentuk tulisan yang diperuntukkan oleh Parlimen.
C. Kerajaan Persekutuan dan negeri berhak memelihara bahasa Melayu.
D. Bahasa Melayu tidak dilarang daripada diajar atau dipelajari oleh sesiapa pun.
SOALAN 4
Kebanyakan kata yang dipinjam daripada bahasa Hokkien berkaitan dengan...
I. makanan
II. pakaian
III. alat-alat muzik
IV. alat-alat untuk berjudi
A. I, II dan III
B. I, II dan IV
C. III dan IV
D. I dan II
SOALAN 6
Korpus bahasa diwujudkan bertujuan untuk...
A. Mengkaji penggunaan kata-kata dialek dan kata-kata sukuan.
B. Menubuhkan satu pangkalan data linguistik Bahasa Melayu.
C. Mengadakan kajian linguistik secara ilmiah dan praktis terhadap semua aspek bahasa.
D. Membuat kajiselidik sosiolinguistik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan