19 Mei 2010

Soalan Ulangkaji BM1

SOALAN 1

Vokal depan sempit dihasilkan apabila...

I. depan lidah diletakkan pada titik paling tinggi di bahagian depan mulut menyebabkan berlakunya sempitan.

II. udara yang keluar melalui sempitan ini akan menghasilkan bunyi vokal.

III. bibir berada dalam keadaan hampar atau leper.

IV. belakang lidah diturunkan satu pertiga daripada kedudukan asal.

A. II dan III

B. I dan IV

C. I, II dan III

D. I, II dan IV





SOALAN 2

Perbezaan penggunaan kata ganti orang pertama hamba dan beta ditentukan oleh faktor...

I. hubungan
II. pangkat
III. suasana
IV. dialek

A. I, II dan III

B. I, II dan IV

C. III dan IV

D. I dan II


SOALAN 3


Antara berikut, yang manakah padanan kata tugas yang SALAH?

I. Kata penegas: Amat, sangat, paling.

II. Kata pemeri: Aduh, amboi , wah.

III. Kata perintah: Harap, sila, tolong.

IV. Kata bilangan: Masing-masing, beribu-ribu, beramai-ramai.

A. I dan II

B. I, II dan III

C. II, III dan IV

D. III dan IV


SOALAN 4

"Sayur-mayur yang dijual di pasar tani itu murah-murah belaka."

Dalam ayat di atas, kata gandaan ‘sayur-mayur’ boleh tergolong ke dalam jenis...

A. kata gandaan berentak pengulangan bebas

B. kata gandaan berentak pengulangan vokal

C. kata gandaan berentak pengulangan konsonan

D. kata gandaan sebahagian


SOALAN 5

Batu bersurat pertama yang menunjukkan perkembangan Bahasa Melayu dengan kedatangan pengaruh Islam telah ditemukan di...

I. Pagar Ruyung, Minangkabau - bertarikh 1356

II. ditulis dengan huruf Pallava serta mengandungi prosa Melayu Kuno dan beberapa baris Bahasa Sanskrit.

III. Bahasa dan kata-kata yang terdapat pada batu bersurat ini berbeza daripada bahasa dan kata-kata yang terdapat pada batu bersurat yang ditemukan pada abad ke-7.

IV. Batu bersurat ini membuktikan bahawa Bahasa Sanskrit amat berpengaruh dalam urusan pentadbiran dan pemerintahan seperti yang terdapat pada zaman kerajaan Srivijaya.

A. I, II dan IV

B. I, II dan III

C. I dan III

D. II dan IV


SOALAN 6

Bahasa ini merupakan salah satu daripada 200 bahasa dalam keluarga bahasa Indonesia.
Penuturnya terdiri daripada penduduk-penduduk Semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau dan Sumatera.
Terdapat bukti-bukti yang menunjukkan bahawa bahasa ini telah menjadi bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu lebih awal daripada abad ke- 13.
Bahasa yang dimaksudkan di atas ialah...

A. Bahasa Melayu

B. Bahasa Melanesia

C. Bahasa Polinesia

D. Bahasa Austronesia


SOALAN 7

Perkara 152 dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu menyebabkan...

A. Dalam masa sepuluh tahun selepas kemerdekaan, Bahasa Melayu harus digunakan sepenuhnya.

B. Bahasa Kebangsaan ialah bahasa Melayu dan boleh ditulis dalam apa-apa bentuk tulisan yang diperuntukkan oleh Parlimen.

C. Kerajaan Persekutuan dan negeri berhak memelihara bahasa Melayu.

D. Bahasa Melayu tidak dilarang daripada diajar atau dipelajari oleh sesiapa pun.

SOALAN 8
Antara pernyataan berikut, yang manakah BENAR tentang Perlembagaan Persekutuan?

I. Bahasa Inggeris digantikan dengan bahasa Melayu dalam beberapa perkara tertentu yang ditetapkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

II. Pelaksanaan sepenuhnya bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dikuatkuasakan melalui penggubalan Akta Bahasa Kebangsaan 1957.

III. Bahasa Inggeris boleh digunakan dalam urusan rasmi sahaja.

IV. Bahasa Melayu boleh digunakan dalam bidang-bidang tertentu sahaja.

A. II, III dan IV

B. III dan IV

C. I, II dan III

D. I dan II


SOALAN 9

Korpus bahasa diwujudkan bertujuan untuk...

A. Mengkaji penggunaan kata-kata dialek dan kata-kata sukuan.

B. Menubuhkan satu pangkalan data linguistik Bahasa Melayu.

C. Mengadakan kajian linguistik secara ilmiah dan praktis terhadap semua aspek bahasa.

D. Membuat kajiselidik sosiolinguistik.


SOALAN 10


Bahasa ini merupakan bahasa yang mempunyai maksud yang bertentangan dengan apa yang disampaikan.
Bahasa ini mestilah difahami oleh orang yang mendengar bahasa tersebut.
Sekiranya orang yang mendengarnya tidak memahami maksud bahasa tersebut, mesej yang hendak disampaikan tidak berjaya.
Ciri-ciri di atas merujuk kepada...

A. bahasa bertimbal

B. bahasa terbalik

C. bahasa menaik

D. bahasa menggiat

Tiada ulasan:

BLOG BAHASA MELAYU SMKUH