25 Ogos 2010
Selamat Menghadapi Peperiksaan
Peperiksaan Percubaan STPM Negeri Johor bermula pada 01 September 2010
Peperiksaan Selaras 2 bermula pada 30 Ogos 2010
09 Ogos 2010
Model Ekonomi Baru
5. Kita telah menyuntik RM67 bilion rangsangan fiskal, dan berjaya mengimbangi pelaburan negara yang dikehendaki dan perbelanjaan berhemat yang diperlukan untuk mengurangkan defisit bajet. Kita telah memperkenalkan rangkuman insentif dan inisiatif liberalisasi sektor perkhidmatan yang membuka peluang kepada pelaburan yang berkualiti tinggi dalam sektor utama ekonomi negara.
06 Ogos 2010
Pembuangan Bayi
Delima Perdagangan Manusia
04 Ogos 2010
Bahasa Rojak
25 Julai 2010
Analisis Soalan Bahagian C (Alih Bentuk Teks) Kertas 2 Bahasa Melayu (1999-2009)
JADUAL POPULARITI SOALAN ALIH BENTUK TEKS (1999-2009) | |||||||||||
Bentuk Teks | 99 | 00 | 01 | 02 | 03 | 04 | 05 | 06 | 07 | 08 | 09 |
Kreatif (Cerpen) | * | * | * | * | * | ||||||
Kreatif (Novel) | * | ||||||||||
Kreatif (Prosa Klasik) | * | * | |||||||||
Kreatif (Catatan Perjalanan) | * | ||||||||||
Dokumen Undang-undang | * | * | |||||||||
Iklan | * | * | * | * | |||||||
Puisi Moden | * | * | * | * | |||||||
Dialog (Drama) | * | * | * | ||||||||
Setiap tahun 2 soalan akan dikemukakan daripada bahagian ini. Analisis soalan Bahagian C (Alih Bentuk Teks) Kertas 2 Bahasa Melayu ini menunjukkan bentuk teks kreatif (Novel) dan Kreatif (Catatan Perjalanan) perlu diberi perhatian oleh para pelajar. 3 tahun terakhir menunjukkan 6 daripada 8 kategori alih bentuk telah keluar. Namun begitu bentuk teks kreatif (Cerpen) jangan dipandang ringan. Ada kemungkinan bentuk ini akan dikemukan sekali lagi.
Analisis Soalan Bahagian B (Rumusan) Kertas 2 Bahasa Melayu (1999-2009)
JADUAL PENGAGIHAN SOALAN RUMUSAN | ||
Tahun | Isu | Kehendak Soalan |
1999 | Perkembangan Komputer dan Sistem Telekomunikasi | Menulis rumusan yang panjangnya 160-170 patah perkataan. |
2000 | Perkembangan Pelancongan | Menulis rumusan yang panjangnya 160-170 patah perkataan. |
2001 | Bahan Bacaan untuk Kanak-kanak | Menulis rumusan yang panjangnya 180-190 patah perkataan. |
2002 | Perkhidmatan Internet | Menulis rumusan yang panjangnya 170-180 patah perkataan. |
2003 | Perkembangan Sektor Pertanian | Menulis rumusan yang panjangnya 170-180 patah perkataan. |
2004 | Keperluan Memodenkan Sistem Pengajaran-Pemelajaran di Sekolah | Menulis rumusan yang panjangnya 160-170 patah perkataan. |
2005 | Masalah Sosial dalam Kalangan Remaja | Menulis rumusan yang panjangnya 170-180 patah perkataan. |
2006 | Iklan dan Peranannya kepada Masyarakat | Menulis rumusan yang panjangnya 170-180 patah perkataan. |
2007 | Potensi dan Usaha untuk Memajukan Pertanian | Menulis rumusan yang panjangnya 180-190 patah perkataan. |
2008 | Rasional dan Langkah Memajukan Malaysia sebagai Pusat Makanan Halal Dunia | Menulis rumusan yang panjangnya 180-190 patah perkataan. |
2009 | Makanan yang Diubahsuaikan Genetiknya | Menulis rumusan yang panjangnya 190-200 patah perkataan. |
2010 | ||
Analisis soalan Bahagian B (Rumusan) Kertas 2 Bahasa Melayu ini menunjukkan pelbagai isu boleh dikemukakan. Pelajar perlu bersedia dengan isu yang akan dikemukakan nanti. Aspek penting yang perlu dititikberatkan oleh pelajar ialah kehendak soalan. Kalau diperhatikan jumlah perkataan soalan sentiasa berubah. Pelajar dinasihati supaya peka dengan kehendak soalan.