14 Mei 2010
Tahniah Pelajar-pelajar PraU SMKUH Sesi 2010/2011
Saya ingin mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada pelajar-pelajar PraU Sesi 2010/2011 ke SMK Ungku Husin, Endau. Anda ialah dalam kalangan pelajar yang bertuah kerana berjaya menjejakkan kaki anda ke SMKUH dan anda selangkah sahaja lagi untuk menuju ke puncak kejayaan. Saya amat yakin dengan kesungguhan dan tekad ingin berjaya, amatlah rugi sekiranya anda menghabiskan masa selama 1 1/2 tahun ini tanpa usaha yang gigih untuk terus berjaya. Ambillah kesempatan yang terbaik ini yang mungkin tidak diperoleh oleh rakan-rakan lain yang tidak bernasib baik seperti anda untuk memperbaiki diri dan berusaha tanpa rasa jemu untuk mengejar kejayaan yang semakin dekat dengan diri anda. Sebagai guru, kami akan membantu anda semampu yang mungkin agar kejayaan yang diimpikan menjelma di penghujungnya nanti. Insyallah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan