19 September 2012

NOTA FONOLOGI

Sebahagian nota untuk tajuk Fonologi adalah seperti berikut : 

Definisi Fonologi


1. Fonologi ialah kajian mengenai pola bunyi bahasa, iaitu kajian mengenai bunyi-
  bunyi yang berfungsi dalam sesuatu bahasa.
2. Hanya mengkaji bunyi yang bermakna dalam pertuturan manusia
3. Tidak mengkaji bunyi yang tidak bermakna seperti batuk, bersin, berdehem,
    mengeluh, menguap
4. Bunyi yang diucapkan berbentuk ujaran yang berentetan (tidak putus-putus).
5. Bunyi hanya dipenggalkan menjadi unit-unit kecil (bunyi penggalan atau fon)
    Contoh : [a] [t] [a] [p]
6 Dalam penulisan fon ditulis dalam tanda kurung ([ ]) yang menandakan fon tersebut
   merupakan bunyi suatu bentuk bunyi bahasa.
   Contoh : perkataan sate terdiri daripada fon [s], [a], [t], dan [e]
7. Dalam bahasa tertentu, terdapat unsur bunyi yang tidak dapat dipenggalkan (tidak
    bersifat penggalan). Bunyi ini dikenali sebagai bunyi suprapenggalan
    Contoh : makna kata bit dan beat dalam bahasa Inggeris dan na’iimum (bahagia)
    dan naa’imun (lembut/licin) dalam bahasa Arab dibezakan dengan unsur
    kepanjangan

2 cabang Fonologi iaitu :

Fonetik
1. Bidang yang mengkaji segala bunyi bahasa yang dihasilkan oleh alat-alat pertuturan manusia dan memberikan lambang kepada bunyi-bunyi tersebut
2. Tiga pendekatan :
    2.1 penyebutan
- penelitian terhadap cara bunyi bahasa dihasilkan oleh alat-alat artikulasi.
- dikenali sebagai fonetik artikulasi
    2.2 pendengaran
- melibatkan alat-alat canggih untuk mengkaji pendengaran dan tanggapan bunyi bahasa.
- mengesan bunyi letupan, letusan, sengauan, geseran
- deskripsi tentang bunyi dapat dilakukan
    2.3 sifat bunyi
- menggunakan alat palatogram, letromiografi, dan laringoskopi untuk mengkaji sifat-sifat fizikal bunyi
- dikenali fonetik akustik
Fonemik
cabang fonologi yang menganalisa sistem sesuatu bahasa secara sinkronik, iaitu pada sesuatu masa tertentu.
Tujuankajian : mengenal pasti fonem-fonem dalam sesuatu bahasa, seterusnya menghasilkan sistem tulisan atau ejaan bagi bahasa tersebut

Alat-alat sebutan
Bunyi bahasa dikeluarkan oleh alat-alat sebutan seperti beikut:

 Bibir
Gigi
Gusi Lelangit keras
Lelangit lembut
Anak tekak
Lidah
Rongga tekak
Rongga mulut
Rongga hidung
Paru-paru
Peti suara dan pita suara


Alat-alat sebutan dapat dibahagikan kepada dua jenis, iaitu:
(a) pengeluar (artikulator) - alat yang dapat digerak-gerakkan dengan bebas dan dapat diletakkan di beberapa kedudukan.
     Contoh: hujung lidah, bibir lelangit lembut dan sebagainya.
(b) daerah pengeluar (artikulasi) - merupakan tempat-tempat yang dapat dicapai olah artikulator.Contoh: gigi atas, gusi dan lelangit keras.
Konsep Fonem dan Alofon 

Fonem
1. Unit bahasa yang terkecil yang berfungsi dalam sesuatu bahasa
2. Dikenali sebagai bunyi bahasa
3. Berfungsi membezakan makna kata
4. perkataan sama dan sana mempunyai makna yang berbeza disebabkan perbezaan bunyi [m] dan [n]. Bunyi [m] dan [n] dianggap sebagai 2 fonem yang berasingan. Perkataan sama dan sana dianggap sebagai pasangan terkecil berkontras.
5. Memandangkanbunyi [m] dan [n] merupakan 2 fonem yang berlainan, maka tanda kurung [ ] yang menandakan bentuk bunyi akan berubah menjadi tanda / /, untuk menunjukkan status fonem. Oleh itu penulisan bunyi bahasa [m] dan [n] akan berubah menjadi /m/ dan /n/
6. Dalam bahasa Melayu, sesuatu fonem biasanya mempunyai anggota-anggota lain yang mempunyai ciri fonetik yang sama, tetapi berlainan bunyinya apabila hadir pada kedudukan yang berbeza. Bunyi [p] pada awal kata pekap diujarkan sebagai bunyi yang sempurna. Sebaliknya, bunyi [p] pada akhir kata pekap diujarkan sebagai bunyi letupan tidak sempurna. Ini bermakna, terdapat 2 anggota fonem /p/ iaitu [p] yang letupannya sempurna (terlaksana) dan /p/ yang letupannya tidak sempurna (tidak terlaksana) Varian fonem sebegini dikenali sebagai alofon
Alofon
Rujuk makluman no. 6 di atas
Fonem terdiri daripada anggota fonem yang dipanggil alofon.
Misalnya fonem p dalam palu, lupa dan luap.
Bunyi p dalam palu dan lupa diujarkan sebagai letupan bibir yang sempurna , tetapi dalam luap, bunyi p diujarkan sebagai letupan bibir yang tidak sempurna, yakni tidak diletupkan.
Dengan itu, daripada ketiga-tiga contoh kata di atas, fonem p mempunyai duaalofon.

Huruf
1. Lambang yang diberi kepada fonem
2. Lambang-lambang ini menghasilkan bahasa dalam bentuk tulisan
3. Konsep huruf berbeza dengan fonem.
4. Fonem merupakan unit bunyi bahasa manakala huruf ialah tulisan untuk bahasa tersebut
5. Terdapat 26 huruf Rumi yang melambangkan 26 bunyi konsonan dan 6 bunyi vokal.
6. Bunyi konsonan :
    (a) 21 huruf tunggal : b,c,d,f,g,h,j,k,l,m,n,p,q,r,s,t,v,w,x,y,z
    (b)  5 huruf gabungan : gh, kh, ng, ny, sy
7. 6 bunyi vokal dilambangkan oleh 5 huruf : a, e, i, o, u. Huruf e melambangkan 2 fonem ( e pepet dan e taling)
8. 3 fonem diftong : ai, au, dan oi
Suku kata....

Lebih kurang 12 daripada 20 soalan Bahagian A Peperiksaan Penggal 1 akan keluar daripada tajuk Fonologi. Sebenarnya banyak nota berkaitan tajuk ini di laman sesawang. Ada sesetengah pelajar tidak mengetahui maklumat yang perlu diingati. Untuk mengetahui maklumat yang perlu dikuasai, saya cadangkan pelajar melihat soalan-soalan berkaitan. Untuk subtajuk 2.2.1 Vokal misalnya, antara maklumat penting yang perlu diingati ialah definisi vokal dan ciri-ciri bunyi vokal, rajah vokal, bahagian lidah yang terlibat, bentuk bibir, konsep luas, sempit, separuh luas dan separuh sempit. Maksud saya, pelajar perlu tahu perkara atau maklumat yang perlu dikuasai yang berguna untuk menjawab soalan dan bukannya belajar tanpa fokus. Perkara yang sama juga perlu dilakukan untuk subtajuk-subtajuk lain.

Tiada ulasan:

BLOG BAHASA MELAYU SMKUH